Lihat gambar dan sebutkan perkataan yang diberikan menggunakan bahasa istana.
mati
duduk
merendahkan diri
Selamat Datang
Thursday, 6 November 2014
Langkah-langkah menjalankan PdP
Langkah/masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Gambar-gambar Istana
|
Guru menunjukkan gambar-gambar istana.
Guru meminta murid menamakan istiadat atau tempat yang ditunjukkan
dalam gambar.
|
Murid menamakan istiadat atau tempat yang ditunjukkan dalam gambar.
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Nota dalam web
|
Guru meminta murid membaca nota dalam web PdP
|
Murid membaca nota dalam web PdP.
|
Langkah 2
(25 minit)
|
Kerja kumpulan
Video dalam web
Kertas mah-jong
|
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
Guru meminta murid menonton video istiadat pertabalan atau keputeraan
selama 10 minit.
Guru meminta murid menyenaraikan bahasa istana yang diperolehi dalam
video.
|
Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
Murid menonton video istiadat pertabakan atau keputeraan.
Murid menyenaraikan bahasa istana yang didapati dalam video yang
ditonton.
Murid membentangkan hasil kumpulan.
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Latihan dalam talian
|
Guru meminta murid membuat latihan dalam talian
Guru menerangkan kerja rumah dalam web PdP
|
Murid membuat latihan dalam talian.
Murid membuat catatan tentang kerja rumah dalam web PdP.
|
Penutup
(5 minit)
|
Kad Imbasan
|
Guru menunjukkan kad imbasan dan murid menyebutnya dalam bahasa istan
|
Murid menyebut perkataan dalam kad imbasan dengan menggunakan bahasa
istana
|
RPH Bahasa Malaysia Tahun 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA
MALAYSIA TAHUN 6
Hari : SELASA Masa :
11.15 – 12.00 ( 45 minit )
Kelas : 6 Bestari Bil Pelajar : 24 orang
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
TEMA : CERITA RAKYAT
TOPIK : BAHASA ISTANA
FU : Aras
2 (i) Membaca bahan sastera dengan sebutan dan
intonasi yang betul
FS : 11.2 Aras 2 (i)
Menjelaskan perkara yang menarik
dalam sesebuah karya daripada aspek
penggunaan perkataan , ayat, penanda
wacana, nilai dan pengajaran
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.
1. Membina empat ayat menggunakan bahasa
istana berdasarkan gambar yang diberikan
2.
2. Berinteraksi dengan rakan untuk membincangkan bahasa istana dalam video.
3. 3. Membentangkan hasil perbincangan dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Tatabahasa : Bahasa Istana
Kosa Kata : bersemayam, gering, mangkat,
Nilai : kerajinan, ketekunan, berwawasan,
menghargai masa, kasih sayang
Ilmu : Pendidikan Agama Islam, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral
KBT : KB ( menjana idea, mencirikan)
Sistem bahasa : Kata ganti nama
Latihan 2
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
"Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda
A beta
B patik
C hamba
D baginda
2 "Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba
3
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan
kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya
kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya
4 "Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera," kata
Hulubalang kepada Panglima Ali.
A tuan hamba
B baginda
C patik
D beta
Tukarkan ayat-ayat di bawah
kepada bahasa istana
Contohnya:
Ibu
Sultan Mahmud meminta Sultan Mahmud
untuk duduk di ruang istana.
Bonda Sultan
Mahmud meminta baginda untuk
duduk di anjung.
1. Ayah Sultan Muzaffar akan memberikan hadiah kepada askar
negeri.
2. Sultan Ismail telah merendahkan diri untuk hadir
bersama rakyat di pesta itu selepas bangun dari tidur.
3. Rakyat berjumpa Sultan di tempat menghadap untuk mendengar
Sultan bercakap.
4. Anak perempuan Sultan Abdullah sedang berehat di taman selepas
mandi.
5. Selepas raja mati, raja dikebumikan dalam upacara
penuh adat .
6. Selepas makan, Sultan akan menyampaikan surat kepada menteri.
Nota: Bahasa Istana
Bahasa istana ialah
bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung
atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal
berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal
lama hanya tinggal sejarah.
Bahasa istana mungkin berasal dari
bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan
bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah
memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit
sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi
apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.
Sementara bahasa yang sama dengan
kosa kata yang berlainan wujud dalam bahasa Melayu, seperti “Nyōbō kotoba”
sistem bahasa istana bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi
termasuklah bahasa Inggeris.
Bahasa istana Melayu
Bahasa
Istana
|
Bahasa
Biasa
|
Almarhum
|
Allahyarham
|
ampun kurnia
|
maaf
|
anugerah
|
beri; hadiah
|
baginda
|
dia (raja menyapa rakyat)
|
beradu
|
tidur
|
berangkat
|
berlepas; bertolak
|
bercemar duli
|
berjalan; pergi ke
|
berkenan
|
sudi; suka akan
|
berputera
|
beranak; bersalin
|
bersabda
|
berkata
|
bersiram
|
mandi
|
bertitah
|
berkata
|
beta
|
saya (raja)
|
daulat
|
bahagia
|
gering
|
sakit
|
hari keputeraan
|
hari jadi
|
hulu
|
kepala
|
iram-iram
|
payung
|
kaus
|
kasut
|
kurnia
|
beri; hadiah
|
mahkota
|
topi
|
makam
|
kubur
|
mangkat
|
mati; meninggal dunia
|
menghadap
|
menjumpai
|
murka
|
marah
|
patik
|
saya (rakyat menghadap raja)
|
peraduan
|
tempat tidur
|
permaisuri
|
isteri
|
putera
|
anak lelaki
|
puteri
|
anak perempuan
|
santap
|
makan
|
semayam
|
duduk; tinggal
|
sembah
|
memberi salam
|
singgahsana
|
kerusi
|
titah
|
kata; perintah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)