Selamat Datang

Selamat Datang

Tuesday 9 December 2014

Muzik Gamelan


https://www.youtube.com/watch?v=Q2m-wtIFlMw

Kuiz

Lihat gambar dan nyatakan istilah yang sesuai menggunakan bahasa istana.

contoh : kematian .......   kemangkatan

1. alat penting istana    =
2. kepulangan               =
3. ketua tentera             =
4. ketua kerajaan          =


  





 


Thursday 6 November 2014

Kad Imbasan

Lihat gambar dan sebutkan perkataan yang diberikan menggunakan bahasa istana.



      mati

          duduk
        merendahkan diri

Langkah-langkah menjalankan PdP


Langkah/masa
Isi pelajaran
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set Induksi
(5 minit)
Gambar-gambar Istana
Guru menunjukkan gambar-gambar istana.
Guru meminta murid menamakan istiadat atau tempat yang ditunjukkan dalam gambar.
Murid menamakan istiadat atau tempat yang ditunjukkan dalam gambar.
Langkah 1
(10 minit)
Nota dalam web
Guru meminta murid membaca nota dalam web PdP
Murid membaca nota dalam web PdP.
Langkah 2
(25 minit)
Kerja kumpulan
Video dalam web
Kertas mah-jong

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
Guru meminta murid menonton video istiadat pertabalan atau keputeraan selama 10 minit.
Guru meminta murid menyenaraikan bahasa istana yang diperolehi dalam video.
Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.

Murid menonton video istiadat pertabakan atau keputeraan.

Murid menyenaraikan bahasa istana yang didapati dalam video yang ditonton.

Murid membentangkan hasil kumpulan.
Langkah 3
(15 minit)
Latihan dalam talian
Guru meminta murid membuat latihan dalam talian
Guru menerangkan kerja rumah dalam web PdP
Murid membuat latihan dalam talian.

Murid membuat catatan tentang kerja rumah dalam web PdP.
Penutup
(5 minit)
Kad Imbasan
Guru menunjukkan kad imbasan dan murid menyebutnya dalam bahasa istan
Murid menyebut perkataan dalam kad imbasan dengan menggunakan bahasa istana

RPH Bahasa Malaysia Tahun 6



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
Hari                  :          SELASA                                  Masa                  :  11.15 – 12.00 ( 45 minit )
Kelas               :           6 Bestari                                  Bil Pelajar       :  24 orang
Mata pelajaran :                       Bahasa Malaysia
TEMA              :           CERITA RAKYAT
TOPIK              :         BAHASA ISTANA

FU  :     Aras 2 (i)        Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul

FS :      11.2 Aras 2 (i)
            Menjelaskan perkara yang menarik dalam sesebuah karya daripada aspek
            penggunaan perkataan , ayat, penanda wacana, nilai dan  pengajaran

Objektif           :           Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.              1.  Membina empat ayat menggunakan bahasa istana berdasarkan gambar yang diberikan
2.               2. Berinteraksi dengan rakan untuk membincangkan bahasa istana dalam video.
3.         3. Membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Tatabahasa       :           Bahasa Istana
Kosa Kata        :           bersemayam, gering, mangkat,
Nilai                 :           kerajinan, ketekunan, berwawasan, menghargai masa, kasih sayang
Ilmu                 :           Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan                                              Moral
KBT                 :          KB ( menjana idea, mencirikan)
Sistem bahasa  :           Kata ganti nama

Latihan 2



Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda
 


2 "Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba
 

3 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan
kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya
 


4 "Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera," kata
Hulubalang kepada Panglima Ali.
A tuan hamba
B baginda
C patik
D beta

 





Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada bahasa istana
Contohnya:
 Ibu Sultan Mahmud meminta Sultan Mahmud untuk duduk di ruang istana.
Bonda Sultan Mahmud meminta baginda untuk duduk di anjung.

1. Ayah Sultan Muzaffar akan memberikan hadiah kepada askar negeri.

2. Sultan Ismail telah merendahkan diri untuk hadir bersama rakyat di pesta itu selepas bangun dari tidur.

3. Rakyat berjumpa Sultan di tempat menghadap untuk mendengar Sultan bercakap.

4. Anak perempuan Sultan Abdullah sedang berehat di taman selepas mandi.

5. Selepas raja mati, raja dikebumikan dalam upacara penuh adat .

6. Selepas makan, Sultan akan menyampaikan surat kepada menteri.